Categories: Trending Hari Ini

Bank Negara Kurangkan Lagi Kadar Faedah Kepada 1.75 Peratus

Menerusi Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC),  Bank Negara Malaysia (BNM) membuat keputusan untuk menurunkan lagi kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 0.25 peratus kepada 1.75 peratus.

Penurunan tersebut menjadikan OPR, yang menjadi penanda aras rujukan kadar pinjaman tempatan, berada pada paras terendah dalam sejarah.

Berikutan itu, kadar siling dan lantai koridor OPR masing-masing dikurangkan kepada 2.00 peratus dan 1.50 peratus.

BNM berkata, impak COVID-19 terhadap ekonomi global adalah teruk.

Keadaan ekonomi global, kata bank pusat, kekal lemah dengan pertumbuhan global yang diunjurkan negatif pada tahun ini.

“Walaupun paras terendah dijangka berlaku pada suku kedua, kelemahan yang menyeluruh dalam pasaran pekerja dan sikap isi rumah dan perniagaan yang berhati-hati boleh menjejaskan pemulihan pada masa depan.

“Beberapa ekonomi utama telah mula melonggarkan langkah pembendungan pandemik COVID-19 yang membawa kepada penyambungan semula aktiviti ekonomi secara beransur-ansur.

Sumber: BH

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”