Categories: Trending

Awas! Saintis Temui Bukti Covid-19 Boleh Tersebar Melalui Udara

Perhatian semua.

Sebanyak 239 saintis antarabangsa telah mengkaji bukti baharu penularan COVID-19 melalui udara.

Boleh Merebak Lebih 2 Meter

AFP melaporkan menurut kumpulan berkenaan berkata, apabila seseorang yang dijangkiti virus itu menghembuskan nafas, ia akan menyebabkan titisan air tersebar di udara.

Titisan air yang bersaiz kurang daripada lima mikrometer ini boleh terapung di udara selama beberapa jam dan tersebar melebihi jarak 10 m.

Akan Teliti Lebih Dapatan Berkenaan

Sehubungan itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Selasa menegaskan pihaknya akan meneliti dapatan berkenaan.

WHO berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu dalam tempoh beberapa hari lagi dengan mengumpulkan pengetahuan mengenai bagaimana virus itu dapat disebarkan dan memastikan petunjuknya sesuai dengan bukti.

Setakat ini, wabak tersebut telah meragut lebih 538,000 kematian dan menjangkiti 11.6 juta orang di seluruh dunia.

Stay put, stay safe ya semua!

Sumber: Harian Metro

Syafiqa Irdina