Categories: Trending

“Dakwaan S*ks Luar Tabii, R*gol, Cabul” – Pendakwah Selebriti Direman Lagi

Seorang pendakwah selebriti yang sebelum ini ditahan atas dakwaan merogol dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya di sini untuk permohonan reman oleh pihak polis, hari ini. 

Tahanan reman itu dikemukakan bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan berhubung dua laporan polis yang diterima berkaitan kes rogol, gangguan seksual dan seks luar tabii terhadapnya. 

Suspek tiba di pintu masuk mahkamah dan dilihat memakai baju lokap berwarna ungu dan berseluar jingga.

Baca artikel berkaitan : 6 Lagi Tampil Buat Laporan Kes Pendakwah Selebriti, Mangsa Alami Trauma

Terbaru, pihak polis daerah Petaling Jaya menerima dua laporan polis terhadap suspek dengan salah satu laporan atas dakwaan merogol dan satu lagi atas dakwaan cabul dan seks luar tabii.

Polis Petaling Jaya sebelum ini menjalankan siasatan kes mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (merogol), Seksyen 377C Kanun Keseksaan (seks luar tabii) dan Seksyen 354 Kanun Keseksaan (mencabul).

Polis daerah Petaling Jaya membuat permohonan reman ke atas suspek, bagi membolehkan siasatan dijalankan berhubung dua laporan polis terhadap suspek pada 29 dan 30 November lalu.

Setakat ini, polis sudah menerima lapan laporan polis terhadap suspek bagaimanapun dua daripada laporan itu diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut atau NFA.

Sumber/ kredit foto : BH

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”