Categories: Trending

Dari Kelantan Ke KV Kortrijk, Netizen Puji Luqman Hakim Dah Ada ‘Slang’ Belgium

Semakin mendapat perhatian selepas meledakkan gol rasmi pertamanya bersama kelab Belgium, KV Kortrijk bawah 21 tahun pada 13 Oktober lalu, kelibat sensasi bola sepak Luqman Hakim Shamsudin yang merupakan anak jati Kota Bharu, Kelantan ini semakin ditunggu-tunggu oleh peminat tempatan mahupun luar negara. 

Gol tunggal yang dijaringkan Luqman melalui tandukan itu sekaligus membawa kemenangan kepada pasukan tersebut ketika bertemu lawan, KFCO Beerschot Wilrijk dalam aksi Liga Belgium B-21.

Namun, menerusi muat naik terbaru kelabnya semalam, Luqman dilihat sudah semakin baik bertutur dalam bahasa Inggeris.

Ini kerana, beliau pernah memaklumkan sebelum ini, bertutur dalam bahasa tersebut merupakan cabaran yang perlu diatasi beliau.

Netizen bangga dan mendoakan yang terbaik

Rata-rata netizen memuji remaja berusia 18 tahun ini mampu bertutur dengan baik malah ada yang berseloroh ‘slang’ beliau seakan-akan warga belgium.

Dengan hashtag #TheJourneyOfLuqie, peminat Luqman Hakim kini sudah boleh menyaksikan perjalanan karier anak muda ini di lapangan bola sepak antarabangsa.

Apapun, sama-sama lah kita doakan perjalanan Luqman Hakim bersama kelab KV Kortrijk.

Salma Syahbuddin