Hari ini Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memaklumkan kelonggaran dalam pelaksanaan akad nikah terutamanya di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) akan berkuatkuasa pada 2 November ini.
Pengarah JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad berkata kebenaran melaksanakan akad nikah tertakluk kepada beberapa syarat, antaranya pemohon lelaki dan perempuan sudah mendapat Kebenaran Berkahwin mengikut Seksyen 17 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) Tahun 2003 dari PAID.
Hanya 3 orang sahaja dibenarkan pada upacara akad nikah berkenaan, iaitu pengantin lelaki, pengantin perempuan dan wali.
Manakala, hanya 5 sesi akad nikah dibenarkan dalam satu hari iaitu pada hari Isnin hingga Jumaat bermula 9 pagi hingga empat petang.
Kebenaran diberi kepada pasangan dalam Selangor ATAU pihak lelaki ATAU pihak perempuan dari Luar Selangor dengan tanggungjawab tersebut mendapatkan kebenaran pergerakan rentas daerah atau negeri jika diperlukan oleh pihak berkuasa.
Sumber : Facebook JAIS
Alamak, sabar la ya Ruhainies
Ha pedas dan padu pesanan Che Ta!
Semoga baik-baik saja
Alamak! Betul ke ghost account?
cabaran bergelar bapa diusia muda