Categories: Trending

Minta Rakyat Duduk Di Rumah 2 Minggu Ini – Dr Noor Hisham Abdullah

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah meminta agar semua rakyat Malaysia duduk di rumah dalam tempoh dua minggu ini bagi memutuskan rangkaian Covid-19.

“Kalau kita duduk di rumah dalam tempoh dua minggu ini kita boleh putuskan penularan”

Namun bagi mereka yang terpaksa keluar, pematuhan SOP amatlah dititikberatkan.

Beliau berkata demikian, ketika sidang media harian Kementerian Kesihatan mengenai perkembangan terkini wabak berkenaan.

Amalkan 3C

Tambahnya lagi, semua pihak haruslah mengamalkan 3C iaitu, elakkan berada di tempat yang sesak dan sempit dan berbual dengan jarak yang dekat.

“Itulah vaksin yang kita ada, sekarang ini kita tidak ada vaksin, kita tiada ubat tetapi kita boleh elakkan dijangkiti kalau kita patuh pada SOP yang diketengahkan,” katanya.

Sumber : Berita Harian

Salma Syahbuddin