Categories: Trending

Dasar Perempuan Pengotor! Paling Tak Boleh Blah Bila Pantyliner Bersepah Atas Lantai

Adakah segelintir perempuan zaman sekarang tahu melawa sahaja berbanding menjaga kebersihan? Mana taknya baru-baru ini, kecoh dilaman sosial Facebook apabila satu perkongsian yang dibuat oleh Tuan Hamba menerusi laman Cakna Besut, Terengganu mengenai satu kejadian yang dianggap sangat menjijikkan.

Menurut laman tersebut yang telahpun dikongsi hampir 4.3 juta orang, pemilik rumah berkenaan terpaksa masuk ke bilik penyewa tersebut kerana terdapat kerosakan paip sehingga menyebabkan air dari sistem pembentungan melimpah keluar. Namun beliau mendapati rumah tersebut berada dalam keadaan yang sangat teruk sehinggakan pakaian dalam dan pantyliner milik penyewa tersebut bersepah diatas lantai.

 

Agaknya, korang geli tak lepas tengok gambar tersebut? Tepuk dada, tanya selera.
Nak jadi perempuan ni, kenalah cantik luar dan dalam okay! Kalau setakat muka je cantik, agaknya esok lusa lepas kahwin dan beranak pinak macam mana?
Apapun, yang paling penting perempuan kat luar sana tu kenalah ambil iktibar dari perkongsian ini okay!
Salma Syahbuddin