Categories: Trending

Degil ! Lagi 12 Individu Didenda RM1,000 Langgar SOP

Masih ada yang degil ye!

Seramai 12 individu termasuk seorang wanita berumur dalam lingkungan 20 hingga 46 tahun ditahan kerana didapati melanggar SOP di dua premis berasingan sekitar Bandar Bintulu malam tadi.

Tangkapan itu turut disertai agensi berkaitan lain menjalankan rondaan Op Covid-19 dan memeriksa dua premis makanan dan kafe tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Zulkipli Suhaili  pemeriksaan mendapati 12 warga tempatan itu tidak mematuhi SOP yang ditetapkan iaitu tidak mengamalkan penjarakan sosial.

” Sehubungan itu mereka dikompaun RM1,000 seorang kerana gagal mematuhi penjarakan sosial di premis terbabit.

” Polis tidak akan memberi nasihat atau amaran lagi kepada orang ramai atau pemilik premis yang mengabaikan prosedur SOP “ Katanya.

Salma Syahbuddin