Categories: Trending

Doa Hari Arafah Paling Mustajab

Tanggal 9 Zulhijjah merupakan Hari Arafah/ wukuf bagi mereka yang menunaikan haji dan sebaik baik doa adalah berdoa pada Hari Arafah.

Hari Arafah merupakan hari istimewa kerana hari ini merupakan hari paling mustajab untuk berdoa. Hari yang diperkenankan segala doa.

Antara doa yang boleh diamalkan ketika hari Arafah adalah doa yang diamalkan oleh Nabi iaitu:

La Ilaaha IllAllah wahdahu laa syariika lahu, lahul mulku walahul hamdu wahuwa ‘ala kulli syai-in qadir

*Maksudnya: Tidak ada yang berhak disembah selain Allah yang satu, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya kekuasaan dan milik-Nya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.”

(Hadis diriwayatkan oleh Al-Tirmizi)

Umat Islam disarankan berdoa sepanjang hari ketika Hari Arafah.

Kredit: Ustaz Muhammad Fahmi

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”