Categories: Trending

Dek Kerana Terlalu Penat, Dr Noor Hisham Rayu Rakyat Bantu Frontliners

“Bantu Kami…” Itu rayuan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebooknya awal pagi ini ketika jumlah kes aktif di negara ini merekodkan 78,017 kes setakat semalam.

“Petugas barisan hadapan sudah penat. Tapi kami masih gagahi demi menyelamatkan nyawa anda. Bantulah kami untuk bantu anda dan keluarga.”

Negara terus merekodkan peningkatan kes baharu sebanyak 6,9993 kes termasuk enam kes import semalam kini merekodkan 2,729 kematian sejak pandemik dikesan di negara ini awal tahun lalu dengan 79 kematian dilaporkan pada Ahad. Dan ini adalah jumlah kes tertinggi direkodkan dengan 9,020.

Menerusi hantaran beliau sebelum ini, Dr Noor Hisham mahu semua pihak mengambil berperanan dalam mendepani krisis Covid-19 terutamanya di negara kita.

Selain itu, penularan di dalam negara kita sahaja semakin meruncing apabila katil di ICU, hospital Covid-19, Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 semakin berkurangan dan tidak mencukupi.

Sumber  : Facebook

Salma Syahbuddin