Categories: Trending

Demi Menyelamatkan Anak Daripada Diculik, Bapa Cedera Parah… Rupanya Suspek Rakan Kongsi Perniagaan!

Gara-gara ingin menyelamatkan anak daripada diculik, seorang bapa warga China berstatus penduduk tetap di Singapura mengalami cedera parah.

Difahamkan, bapa mangsa yang berdepan detik cemas itu kehilangan gigi dan mengalami kecederaan yang agak parah di bahagian mukanya.

Memetik laporan Free Malaysia Today, Ketua Polis Johor Bahru Selatan Raub Selamat berkata, suspek utama merupakan seorang lelaki berusia 41 yang merupakan rakan kongsi kepada warga China itu, berjaya ditahan di hadapan Balai Polis Taman Pelangi, pada hari yang sama.

“Suspek utama adalah ahli rakan kongsi kepada bapa kanak-kanak itu dan dia merancang bersama tiga lagi suspek untuk menculik kanak-kanak berkenaan.

“Suspek utama merancang mahu melakukan pemerasan wang sebanyak RM300,000 daripada mangsa.

“Bagaimanapun, tiada sebarang wang tebusan diberikan kepada suspek kerana polis berjaya melakukan tangkapan ke atas suspek utama pada hari kejadian,” katanya.

Suspek yang difahamkan bekerja sebagai mekanik itu dituduh mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret, di sini semalam.

Dalam pada itu, usaha mengesan tiga rakam subahat suspek masih lagi diteruskan.

Sumber : Free Malaysia Today

Syamir Shafie