Lama Menyepi… Wan Sharmila Umum Bakal Kembali Berlakon, Peminat Luah Rasa Teruja

Pelakon Wan Sharmila tampil mengumumkan dirinya bakal kembali menghiasi kaca televisyen menerusi sebuah drama selepas sekian lama menyepi.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Sharmila menerusi sebuah hantaran di Instagram, baru-baru ini.

Menurut Sharmila, dirinya akan muncul menerusi drama yang berjudul Wanita Syurga pada tahun hadapan.

Meskipun teruja kembali menghiasi kaca televisyen, pelakon 7 Hari Mencintaimu itu berharap dirinya tidak kekok berlakon memandangkan sudah lama tidak beraksi.

”Assalamualaikum. Lama tak perkenalkan nama watak. Okay nama dia Hanis. Tunggu Ramadan 2024 nanti #wanitasyurga di TV3. Doakan Lala masih pandai berlakon tau,” tulisnya.

Teruja dengan pengumuman tersebut, rata-rata peminatnya mengakui tidak sabar untuk melihat aktres itu beraksi semula dalam drama tempatan di ruangan komen.

Fatin Nurain