Categories: Trending

Dengan #HeadScarfForHarmony, Laungan Azan Solat Jumaat Di Christchurch Dihadiri Ribuan Rakyat New Zealand

Tragedi serangan pengganas di dua buah masjid di New Zealand pada Jumaat lalu bukan sahaja menyebabkan 50 nyawa terkorban malah, seluruh jiwa rakyat negara itu berdukacita dengan tragedi dan pemergian sahabat, dan ahli keluarga mereka. 

Dan, sebagai memberi penghormatan terakhir buat mangsa, seluruh rakyat termasuklah Perdana Menteri New Zealand, Jacinda  Kate Laurell Ardern mengadakan Solidariti dengan hashtag #HeadScarfForHarmony.

Pejam celik, sudah seminggu tragedi serangan tembakan di Christchurch berlaku, dan hari ini azan solat Jumaat akan berkemundang dan bersiaran secara langsung di semua stesen radio dan televisyen negara itu. Malah 2 minit diperuntukkan bagi acara bertafakur sebagai tanda solidariti kepada mangsa yang terkorban. 

Rata-rata penganut agama Kristian turut menyanyikan lagu ‘Wa Ya Taa’ kerana mereka mempercayai lagu ini memberi makna dan semangat terhadap seseorang. Malah, rakyat negara itu juga saling berpegangan tangan dalam memberi semangat kepada umat islam di negara itu. 

Manakala, kaum lelaki New Zealand pula melakukan Hakka sebagai tradisi disamping menunjukkan semangat positif mereka buat semua rakyat New Zealand. Selaras dengan ucapan dan seruan Perdana Menteri, Jacinda Ardern.

“According to Muslim pray, Prophet Muhammad SAW said the believe in mutual kindness compassion and sympathy. I just like one wording when in part of the body suffers the whole body feels pain. New Zealand moans with you. We are One.”

Apapun, semoga berlaku banyak lagi hikmah disebalik tragedi tembakan Christchurch ini. Al-fatihah buat semua keluarga mangsa dan saudara kita di sana.

 

Salma Syahbuddin