Categories: Trending

Dengan Sekali Lafaz, Syamel & Ernie Zakri Selamat Bernikah

Pasangan penyanyi, Syamel dan Ernie Zakri selamat bergelar suami isteri sebentar tadi.

 

Memilih hari Jumaat, 26 Mac 2021 sebagai tarikh pernikahan mereka, pastinya ramai yang sudah tidak sabar untuk melihat momen penyanyi popular ini disatukan sebagai pasangan suami isteri.

 

Syamel atau nama sebenarnya Syameel Aqmal bin Mohd Fodzly , 28, dan Nur Ernie Shahirah Zakri  atau Ernie Zakri, 29, sah diijabkabulkan dengan sekali lafaz pada majlis pernikahan yang berlangsung di Masjid Puncak Alam, Selangor, jam 10.30 pagi, hari ini.

 

Sumber : Instagram @erniezakrie

Pada majlis tersebut, Syamel menyerahkan mas kahwin RM300 dan seutas gelang tangan berlian berserta lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang dari pihak perempuan.

 

Menurut Ernie, majlis ijabkabul ini diadakan secara tertutup dengan dihadiri 20 ahli keluarga saja bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Alhamdulillah, majlis berjalan lancar dengan mematuhi SOP ditetapkan. Terima kasih atas doa semua dan sokongan diberikan kepada saya dan suami. Doakan semoga fasa baharu dalam kehidupan kami ini juga dipermudahkan,”

 

Sumber : Instagram @erniezakrie

Difahamkan, selepas majlis ijabkabul selesai pasangan akan diraikan dalam satu majlis tertutup dan eksklusif bersama ahli keluarga terdekat di sebuah resort persendirian dan bertemakan melayu klasik yang digubah oleh Villa Busainna.

Salma Syahbuddin