Categories: Trending

Kerajaan Sedia Rumah Mampu Milik Buat Golongan B40

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan, kerajaan komited dalam menyediakan rumah mampu milik buat golongan B40 dan miskin bandar terutama di kawasan pesat membangun.

 

Walaupun kerajaan berhadapan dengan cabaran menjaga kebajikan golongan miskin bandar, terutama warga Kuala Lumpur di kawasan perumahan kos rendah awam dan swasta, serta penduduk Program Perumahan Rakyat (PPR).

 

“Dalam menyahut cabaran-cabaran yang saya sebutkan ini, baru-baru ini kerajaan melalui Kementerian Wilayah Persekutuan melancarkan Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Kuala Lumpur”
“Panduan ini bertujuan untuk membangunkan semula kawasan usang dan tidak ekonomik seperti Perumahan Awam Sri Labuan,” katanya pada majlis penyerahan kunci kepada pemilik Residensi Razakmas2.

 

Selain itu, Perdana Menteri berkata, inisiatif berkenaan hanyalah sebahagian inisiatif kerajaan bagi membantu rakyat memiliki rumah sendiri, yang bersifat mampu milik dan selesa.

 

Ini termasuklah, bantuan yang diberikan kepada pelbagai lapisan masyarakat, termasuk membelanjakan RM40 juta untuk melaksanakan kerja penyelenggaraan rumah kos rendah dan sederhana rendah.

 

Terdahulu, nilai rumah sebelum ini yang dibeli dengan harga RM21,000 hingga RM28,000 dan nilai pasaran semasa sekitar rumah berkenaan kini ialah RM300,000 iaitu peningkatan 10 kali ganda.

 

 

Sumber : Bernama

Salma Syahbuddin