Categories: Trending

Kos Pelaksanaan Haji Dijangka Meningkat Sehingga RM25,000

Pengarah Eksekutif Haji, Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, Kos bagi pelaksanaan ibadah haji dijangka meningkat sekurang-kurangnya sebanyak sembilan peratus.

Ini berikutan peningkatan Cukai Nilai Tambah (VAT) yang dikenakan Arab Saudi berkuat kuasa Julai tahun lalu. Oleh itu, peningkatan ini tidak termasuk mengambil kira kos-kos tertentu melibatkan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) norma baharu kesan daripada pandemik Covid-19.

 

Sumber : Tabung Haji

Malah, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman memaklumkan, pelaksanaan SOP  baharu juga dijangka memberi impak terhadap pertambahan kos bagi ibadah haji.

 

Terdahulu, Arab Saudi mengesahkan tidak akan mengeluarkan permit umrah kepada jemaah tempatan dinegara itu yang berusia 70 tahun dan ke atas, tidak kira apa jua status vaksinasi Covid-19 mereka.

 

Namun, warganegara dan pemastautin tetap di negara itu yang berusia antara 18 hingga 70 tahun boleh memohon permit umrah dengan syarat jemaah tidak dibenarkan membawa kanak-kanak, namun pemilik permit boleh membawa ibu bapa mereka sebagai teman.

 

ARTIKEL BERKAITAN : Tiada Permit Umrah Buat Jemaah Berusia 70 Tahun

 

Sumber : Awani

Salma Syahbuddin