Trending By: Salma Syahbuddin March 26, 2021 @ 1:09pm

Kerajaan Sedia Rumah Mampu Milik Buat Golongan B40

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan, kerajaan komited dalam menyediakan rumah mampu milik buat golongan B40 dan miskin bandar terutama di kawasan pesat membangun.

 

Walaupun kerajaan berhadapan dengan cabaran menjaga kebajikan golongan miskin bandar, terutama warga Kuala Lumpur di kawasan perumahan kos rendah awam dan swasta, serta penduduk Program Perumahan Rakyat (PPR).

 

“Dalam menyahut cabaran-cabaran yang saya sebutkan ini, baru-baru ini kerajaan melalui Kementerian Wilayah Persekutuan melancarkan Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Kuala Lumpur”
“Panduan ini bertujuan untuk membangunkan semula kawasan usang dan tidak ekonomik seperti Perumahan Awam Sri Labuan,” katanya pada majlis penyerahan kunci kepada pemilik Residensi Razakmas2.

 

Selain itu, Perdana Menteri berkata, inisiatif berkenaan hanyalah sebahagian inisiatif kerajaan bagi membantu rakyat memiliki rumah sendiri, yang bersifat mampu milik dan selesa.

 

Ini termasuklah, bantuan yang diberikan kepada pelbagai lapisan masyarakat, termasuk membelanjakan RM40 juta untuk melaksanakan kerja penyelenggaraan rumah kos rendah dan sederhana rendah.

 

Terdahulu, nilai rumah sebelum ini yang dibeli dengan harga RM21,000 hingga RM28,000 dan nilai pasaran semasa sekitar rumah berkenaan kini ialah RM300,000 iaitu peningkatan 10 kali ganda.

 

 

Sumber : Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 14 Feb 2021

“Saya Tak Tahu Apa Yang Bakal Jadi Nanti” – Nabila Razali Bersedia Dengan Segala Kemungkinan AJL35

Penyanyi Nabila Razali yang kini giat menjalani persiapan untuk ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) bersedia dengan segala kemungkinan yang bakal terjadi ketika menyanyikan lagu Peluang Kedua. Pernah melalui isu yang kurang menyenangkan […]

Featured Thu, 7 Oct 2021

“Jangan Dibiarkan Malaun-Malaun Ni Terlepas” – Netizen Mahu Hukuman Mandatori Buat OKT Kes Zulfarhan Osman

Kes pembunuhan melibatkan kadet UPNM, Zulfarhan Osman yang didera dan diseterika sehingga maut oleh penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) hampir menemui penghujung pada 2 November ini. Difahamkan, sehingga ke hari ini hakim telah menolak […]

Hiburan Mon, 23 Oct 2023
Trending Sun, 11 Mar 2018

Remaja Ini Koma Selama Setahun Dan Lumpuh Seluruh Badan

Dicabar Makan Lintah Oleh Rakannya, Remaja Ini Koma Selama Setahun Dan Lumpuh Seluruh Badan