Hiburan By: Maya Basir September 12, 2023 @ 4:44pm

“Tiada Lelaki Berani Nak Dekat” – Anak-Anak Tak Mahu Seorang Bapa, Azharina Tak Pernah Sunyi Jadi Ibu Tunggal Selama 17 Tahun

Penyanyi Azharina menyifatkan kehidupannya sudah lengkap bersama dua orang anak angkatnya iaitu Rahmat Azharin, 9, dan Redha Azharin, 6.

Memetik laporan Harian Metro, dia tidak pernah merasa sunyi meskipun sudah menjadi ibu tunggal selama 17 tahun malah anak-anak juga tidak perlukan seorang bapa.

“Anak-anak pun tak mahu ‘daddy’ baru. Hidup saya tidak pernah sunyi walaupun sudah 17 tahun melayari kehidupan sebagai ibu tunggal.

“Saya pernah berkahwin dan bercerai sebelum ini. Saya juga sudah ada anak yang melengkapkan hidup bersama keluarga. Hubungan dengan bekas suami pun masih baik.

“Jadual saya juga penuh setiap hari dengan pelbagai urusan karier seni dan perniagaan hingga kadang-kadang masih berjaga hingga jam 4 pagi.

“Saya tak nak harap lebih pun dalam hidup dan sentiasa bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan ketika ini,” katanya.

Disoal jika ada yang cuba mendekati dirinya, Azharina menyatakan masih tiada lelaki yang berani mengisi kekosongan hatinya.

“Menurut ibu bapa, tiada lelaki yang berani nak dekat bila mereka tengok kehidupan saya. Kalau ada yang mahu mendekati pastikan anda berduit dan lebih dari saya sebab takkan saya nak sara lelaki pula,” ujarnya.

Tambahnya lagi, jika ditakdirkan bertemu jodoh satu hari nanti, dia mahukan lelaki beriman dan boleh membimbing dirinya dan anak-anak.

“Kalau ada jodoh adalah. Apa yang penting, lelaki itu harus mampu menyara hidup saya dan anak-anak. Buat masa ini, saya memang tiada teman istimewa pun,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 5 Jan 2020
Events Thu, 30 Jun 2022

“Mereka Ada Hak Untuk…” – Sering Dikritik Imej Seksi, Nora Danish Tampil Beri Respons!

Nora anggap imejnya tidak seksi sebagaimana yang didakwa netizen 😊

Featured Tue, 19 Sep 2023

BCL ‘Sambut’ Ulang Tahun Ashraf Sinclair Di Pusara, Sempat Titip Ucapan Cinta Bikin Netizen Sebak!

Rezeki dapat mentua baik macam parents Ashraf ni kan?❤️❤️❤️

Featured Wed, 4 Oct 2023
Events Wed, 2 Jan 2019

The Art Scene in Malaysia Magnifies in 2019

Check out these upcoming art events happening this year.

Trending Mon, 1 Oct 2018
Featured Wed, 28 Sep 2022