Trending By: Salma Syahbuddin April 25, 2021 @ 2:22pm

Dia Bagiku Serlah Emosi Keperitan Cinta Tiga Segi

Walaupun namanya masih baru dalam industri muzik tanah air, namun penyanyi yang pernah terlibat menerusi program Lagu Cinta Kita 2 (LCK2) ini mempunyai peminatnya tersendiri.

Selepas melancarkan lagu Lenggang baru-baru ini, Khodi tampil pula dengan mempertaruhkan lagu baharunya berjudul Dia Bagiku.

Lagu yang mendapat sentuhan komposer Farouk Rahman dan lirik hasil tulisannya sendiri, Khodi akui lagu Dia Bagiku cukup menarik untuk didengari oleh anak muda di luar sana.

“Saya diberikan peluang untuk menulis lirik lagu Dia Bagiku yang mengisahkan seorang wanita dilanda keperitan cinta tiga segi. Karakter watak Jasmine dalam drama Single Terlalu Lama memberi inspirasi kepada saya untuk menceritakan mengenai kisah suka dan duka yang dialaminya sewaktu menjalin persahabatan dengan dua jejaka”

Tambahnya lagi, Dia Bagiku mempunyai kekuatannya tersendiri terutamanya pada alunan melodinya yang dilengkapkan dengan komposisi susunan muzik serta disuntik dengan elemen penceritaan seolah-olah ianya sebuah kisah dongeng.

“Untuk dapatkan ‘feel’ lagu ini bukan mudah”

Penyanyi berusia 19 tahun ini juga mengakui berdepan dengan cabaran sepanjang merakamkan lagu tersebut kerana terpaksa bermain dengan emosi agar lagu Dia Bagiku ‘hidup’ .

“Memang saya rasa gementar dan sedikit gemuruh sebenarnya waktu sesi rakaman. Untuk dapatkan ‘feel’ ketika menyanyikan lagu ini pun tidak mudah. Paling penting, kena berusaha bermain emosi demi memastikan jiwa lagu ini hidup”

Untuk makluman, lagu Dia Bagiku turut menjadi lagu runut bunyi bagi drama arahan pelakon Ungku Ismail berjudul Single Terlalu Lama yang akan bersiaran di TV3 pada 29 April ini.

Jadi, buat semua peminat lagu-lagu Khodi anda boleh dengarkan lagu Dia Bagiku menerusi semua platform penstriman muzik terpilih antaranya Apple
Music, Deezer, JOOX, KKBox, Spotify, Youtube & Youtube Music.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 3 Jan 2021

KPT Umum Bayaran Balik PTPTN Ditangguh Kepada Tempoh…

Berita baik buat penuntut IPTA/ IPTS..

Featured Fri, 2 Sep 2022

“Hanya Lambaian & Flying Kiss..” – Cucu Najib Hadir Mahkamah Sebagai Pengubat Rindu

“Saya rindu dan sayang atuk seribu juta kali,” – Cucu DS Najib Razak

Trending Fri, 31 Jan 2020

Kerajaan MALAYSIA akan sumbang 18 juta sarung tangan untuk Wuhan

Dalam usaha untuk membantu China menangani wabak Coronavirus, Malaysia tidak terkecuali menghulurkan bantuan sebagai negara ‘sahabat’. Menteri Industri Utama, Teresa Kok berkata kerajaan akan sumbang 18 juta sarung tangan ke Wuhan sebagai satu inisiatif bantu China […]

Trending Thu, 16 Nov 2017

超爆笑乱入婚纱照,到底谁才是主角啊?

摄影师在按下快门的那一刻,可说是将许多扣人心弦的精彩瞬间永久定格在镜头中。除了一辑美美哒的婚纱照,有时的不完美,会让照片多了一份收藏的价值。

Featured Sat, 11 Dec 2021

Tempoh Diskaun Saman Dilanjutkan Sehingga Rabu Ini

Jangan lupa jelaskan saman korang!