Categories: Trending

“Disebalik Kekuatan, Rupanya Dia Tengah Bertarung” – Siti Sarah Beri Semangat Kepada Janna Nick

Penyanyi Siti Sarah Raissuddin, 37, memberikan kata-kata semangat kepada pelakon Janna Nick.

Menerusi hantaran terbaru yang dimuat naik oleh Sarah di laman sosial Instagram, pelantun lagu Kesetiaan itu mengakui terkejut mendengar khabar terbaru Janna.

Semalam, Janna mengesahkan dirinya beliau mengalami ‘bipolar disorder’.

ARTIKEL BERKAITAN: Janna Nick Dedah Hidap Penyakit Bipolar, Pernah Cuba B*nuh Diri

“Sarah baru baca hantaran Janna dekat Instagram dia. Allahu, hati Sarah terdetik dan terus Sarah mesej dia.

“Janna seorang yang baik, pernah terjumpa 3, 4 kali dan kami juga ada borak-borak dekat ruangan mesej (DM). Sarah ikuti perkembangan kerja dia.

“Janna ni seorang gadis yang kerja keras dalam bidang seni. Disebalik kekuatan Janna, rupanya dia tengah bertarung dan diuji.

“Akak doakan adik kuat untuk hadapi semua ni. Kuat untuk diri sendiri, untuk keluarga, untuk peminat. Stay strong, keep fighting. Insya-Allah akan dipermudahkan. Apa yang Sarah tahu, perkara yang melibatkan kesihatan mental bukan benda yang boleh dibuat main,” tulis Sarah.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Manis ini juga memohon agar Janna dan semua orang yang berhadapan dengan masalah kesihatan mental untuk diberikan ruang.

“Sarah harap semua dapat beri ruang dan terus doa yang baik-baik. Bukan untuk Janna sahaja, tapi untuk semua orang yang sedang bertarung. Jangan hakimi, kita sendiri tak tahu apa yang mereka lalui, kita tak ada dalam situasi mereka.

“Jom kita doa dan mohon yang baik-baik agar semua dipermudahkan. Jaga percakapan, jaga perbuatan, jaga pertuturan.

“Selalu periksa keluarga dan orang tersayang di sekeliling kita, berborak, tanya khabar. Sarah doakan moga kita semua terus berada dalam rahmat Allah. Amin,” tulis Sarah lagi.

Padin