Categories: Trending

Ditipu Teman Lelaki, Lihat Tindakan Gadis ‘Kental’ Ini!

Perasan tak, lepas seseorang tu break up, macam-macam tindakan dia akan lakukan. Ada yang pergi bercuti panjang, ada yang makan banyak-banyak, ada yang pergi mendaki. Pendek kata, orang itu akan buat benda yang dia tak biasa atau pernah lakukan sebelum ini.

Namun tindakan gadis yang menggunakan akaun Twitter @athrhmnf_ ini memang sedikit luar biasa. Menerusi perkongsiannya di Twitter, gadis ini membuang cincin pemberian bekas kekasihnya ke dalam lubang jamban.

Dengan kapsyen sinis, dia menulis “ Cincin ni boleh pergi seiringan dengan taik-taik yang ada. Sama jijik je dua-dua,” tulisnya.

Keadaan cincin sebelum ‘dikebumikan’, masih elok & berkilat…

 

“ Tak semua benda yang kita rancang tu akan jadi kenyataan. Betul, hati manusia ni berubah-ubah. And betul, tak semua lelaki ni trash. Tapi lelaki yang aku dapat ni trash. Thanks bruh…

Gadis ini turut berterima kasih kepada wanita yang memberikannya nasihat tetapi rupa-rupanya, hurm…

“ Btw cincin ini takde nilai pun dia macam cincin tikam dah takyah bising lah,” tulisnya lagi.

Rata-rata netizen menitipkan pesanan agar gadis ini terus kuat dan dipertemukan dengan lelaki yang lebih baik pada masa akan datang.

Sabarlah ya… kumbang bukan seekor, jom kita doa gadis ini bertemu dengan lelaki yang bakal setia dan membahagiakannya. Be strong girl!

SGMS Faida