Categories: Trending

Dr. Noor Hisham Kongsi Kegembiraan Malaysia Menang Anugerah Pelancongan Kesihatan Buat Kali Keempat

Tahniah Malaysia!

Negara Malaysia telah mendapat pengiktirafan apabila dipilih memenangi Anugerah Kesihtan dan Destinasi Pelancongan Kesihatan Terbaik 2019/2020 bagi empat tahun berturut-turut.

Berita gembira itu dikongsi menerusi Twitter rasmi Tan Sri Dato Sri Noor Hisham dan kini meraih hampir 1,3,19 likes di laman Twitter.

Rata-rata pengguna Twitter menzahirkan ucapan tahniah dan bangga dengan kejayaan yang diraih oleh Malaysia.

Kejayaan terbaharu itu diumumkan pada Anugerah Pelancongan Kesihatan Antarabangsa Jurnal Pelancongan Perubatan Antarabangsa (IMTJ) yang diadakan secara dalam talian.

Dedikasi anugerah kepada para frontliners

Tan Sri Dato Sri Dr. Noor Hisham turut mendedikasikan anugerah yang diterima kepada para petugas kesihatan yang telah bekerja dengan keras bagi membanteras penularan COVID-19 dengan menggunakan hashtag #malaysiahealthcare.

Semoga kejayaan ini dapat menjadi contoh buat semua

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”