Categories: Trending

Penonton Jangan ‘Emo’ Lebih, 7 Hari Mencintaiku 3 Lebih Dramatik!

Kejayaan luar biasa siri drama 7 Hari Mencintaiku 2 yang baru sahaja selesai menemui peminatnya dengan 12 juta tontonan ternyata bukan sesuatu yang boleh dianggap remeh.

7 Hari Mencintaiku 3 tahun hadapan

Karya novelis Siti Rosmizah Semail ini bakal menyambung siri ketiga drama popular ini pada tahun hadapan.

Malah, beliau juga bersyukur kerana karyanya ini mendapat sokongan yang padu buat peminat drama tempatan.

“Saya bersyukur atas sokongan para penonton dan peminat novel kerana kejayaan ini tidak akan tercapai tanpa sokongan padu mereka. Dan, in shaa Allah, atas permintaan ramai, 7 Hari mencintaiku 3 bakal menyusul pada tahun hadapan” Katanya.

Beliau mengumumkan berita baik itu pada majlis ‘Thank You Party, 7 Hari Mencintaiku’ yang diadakan di De.Wan by Chef Wan di The Linc, Kuala Lumpur pada Rabu.

Musim ketiga lebih dramatik

Ketika majlis berlangsung, syarikat produksi SR One Sdn Bhd juga sempat menayangkan teaser 7 Hari mencintaiku 3 dan memberi bayangan bahawa Khuzairi terlibat dalam kemalangan, manakala Pak Samad sempat meninggalkan pesan seolah-olah itu adalah pesanan terakhir dari beliau buat anak dan menantunya.

Kalau nak tahu apa yang bakal terjadi kepada Khuzairi dan Pak Samad, pastikan korang terus setia bersama 7 Hari mencintaiku 3 yang bakal menemui peminatnya pada tahun hadapan.

Salma Syahbuddin