Categories: FeaturedTrending

Dr Noor Hisham Nafi Dakwaan Letak Jawatan Sebagai KP Kesihatan

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini menafikan satu berita palsu yang tular yang mendakwa beliau telah meletakkan jawatan.

Menerusi akaun rasmi Twitter, Dr Noor Hisham menidakkan perkara tersebut sekaligus menjelaskan  berita palsu berkenaan telah  mengelirukan ramai pihak.

Mesej palsu yang tersebar itu turut mengaitkan  peletakan jawatan Dr Noor Hisham adalah disebabkan peningkatan kes COVID-19 yang ketara.

Dalam pada itu, ramai yang membalas ciapan di Twitter dengan mengatakan perkara itu tidak wajar serta memberi harapan dan kepercayaan buat Dr Noor Hisham untuk  meneruskan tugas beliau.

Semoga Dr Noor Hisham sentiasa diberi kesihatan untuk terus berjuang di barisan hadapan. Kita Jaga Kita.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”