Categories: Trending

[EKSKLUSIF] G Dragon & Jennie BLACKPINK Jalin Hubungan Cinta

Wow!

Nampaknya ramai peminat teruja apabila berita yang dilaporkan menerusi muat naik di akaun instagram @koreadispatch sebentar tadi kini telahpun menerima sebanyak 1 juta tanda suka. Malah, ruangan komen juga dibanjiri dengan pelbagai reaksi dari peminat k-pop seluruh dunia.

Menerusi laporan berkenaan, anggota kumpulan BLACKPINK iaitu Jennie bersama ketua kumpulan BIGBANG, G-Dragon sedang menjalinkan hubungan cinta sejak satu tahun yang lalu. Bagaimanapun, perkara tersebut mungkin dirahsiakan oleh mereka disebabkan kekangan kerja dan hal peribadi masing-masing.

Peminat lebih teruja, Jennie & G-Dragon dilabel ‘Swag Couple’

Rata-rata peminat pastinya antara yang paling teruja mendengar perkhabaran ini. Al-maklumlah, kedua-duanya merupakan idol dan artis Korea yang paling stylo.

Terdahulu, portal eksklusif Korea ini pernah mendedahkan Jennie BLACKPINK dan anggota kumpula EXO, Kai pernah bercinta namun hubungan pasangan ini hanya mampu bertahan selama empat bulan sahaja.

Salma Syahbuddin