Categories: FeaturedTrending

2.54 Juta Rakyat Terima Bayaran Fasa Pertama BPR Mulai Hari Ini

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, seramai 2.54 juta penerima bayaran fasa pertama Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) berjumlah RM1.93 bilion bermula hari ini.

“Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa pembentangan Pakej Bantuan PERMAI juga telah memberi komitmen supaya pembayaran Fasa 1 BPR dibuat pada penghujung Februari 2021.

“Segala kata mestilah dikota, bagi pembayaran Fasa 1 BPR, 8.45 juta penerima telah mula menerima bayaran melibatkan peruntukan berjumlah RM1.93 bilion pada 24 Februari,” katanya dalam laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) ke-42 pada Rabu.

Semalam, kerajaan mengumumkan peruntukkan bantuan one off sebanyak RM 500 kepada pemandu e-hailing, teksi dan bas sekolah.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”