Categories: Trending

Eliud Kipchoge Pecah Rekod Tamatkan Maraton Selama 2 Jam

Eliud Kipchoge berada dalam kelasnya yang tersendiri apabila beliau berjaya menamatkan maraton selama dua jam sekaligus memecah rekod peribadi beliau sebagai atlet olimpik Kenya.

Acara larian maraton yang diadakan di Vienna pada sabtu lalu itu dianggap luar biasa kerana Eliud menamatkan lariannya dalam tempoh 1 jam 59 minit 40 saat.

Eliud menjelaskan bahawa beliau ingin menjadi inspirasi kepada atlet-atlet larian yang lain khususnya di Afrika dan Kenya.

“Setiap orang mempunyai potensi  yang sangat besar. Apabila berada di garisan penamat, saya gembira kerana telah berjaya membuktikan saya boleh melakukannya,” kata Eliud.

Boleh dikatakan bahawa faktor kejayaan Eliud juga adalah disebabkan oleh kasut yang ditaja oleh Nike iaitu model bespoke yang didakwa boleh meningkatkan prestasi sebanyak 4 peratus.

Sumber: NYtimes, Time, Aj Plus

SGMS Enal