Categories: Trending

Emma Maembong Akui Hilang Deria Bau & Rasa Lepas 9 Hari Jalani Kuarantin

Umum mengetahui, pelakon, Emma Maembong dan suaminya, Muhammad Shazli Azhar  disahkan positif COVID-19 dan kini sedang menjalani proses kuarantin wajib di kediaman mereka.

Terbaru, menerusi laman Instagram story Emma telah berkongsi mengenai pengalamannya berdepan dengan virus tersebut.

“Esok adalah hari terakhir kuarantin dan kita akan buat ujian saringan kedua, Insyaallah keputusan negatif. Namun, saya masih tidak ada rasa dan bau,” katanya melalui IG stories di laman Instagramnya.

Emma turut menasihatkan mana-mana individu untuk melakukan ujian saringan COVID-19 jika mempunyai gejala seperti demam dan sakit tekak. 

Walaubagaimanapun,  bayi Emma iaitu Shariq Gabriel, yang sebelum ini disahkan negatif COVID-19 kini sedang dijaga oleh kakaknya, Coddy Maembong.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”