Categories: Trending

Bantuan RM500 Akan Diberikan Kepada Pemandu Teksi Dan Bas

Selaras dengan inisiatif kerajaan dalam menyokong kelangsungan perniagaan melalui pakej bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI), bantuan secara one-off akan diberikan kepada pemandu teksi dan juga bas di negara ini.

Ianya bagi meringankan beban khususnya pemandu teksi dan bas ketika ini.

RM500 one-off kepada golongan ini…

Justeru itu, kerajaan telah menyediakan bantuan kewangan one-off sebanyak 500 ringgit kepada 14 ribu pemandu pelancong serta 118 ribu pemandu teksi, bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan e-hailing dengan peruntukan tambahan sebanyak 66 juta ringgit.

Kerajaan juga akan memberikan layanan pengecualian duti eksais dan cukai jualan bagi tujuan pindah milik, pelupusan dan kegunaan persendirian teksi dengan syarat kenderaan dimiliki selama 7 tahun.

Namun, sukacita dimaklumkan bahawa syarat ini telahpun dilonggarkan kepada 5 tahun mulai 1 Januari hingga 31 Disember 2021.

Salma Syahbuddin