Categories: Trending

Empat Kakitangan SESB Parah Pencawang Meletup Dan Terbakar

Empat kakitangan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) parah manakala seorang lagi meninggal dunia dalam kejadian letupan Pencawang Elektrik Wawasan Plaza pada jam kira-kira 10.55 malam, pada 22 November yang lalu.

Kesemua mangsa berusia antara 20 hingga 50 tahun, menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth 1 (QEH1).

Sebelum kejadian, mereka dikatakan sedang membaiki kabel elektrik di pencawang itu selepas bekalan elektrik terputus.

Menurut Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP M.Chandra, siasatan awal di tempat kejadian mendapati telah berlaku letupan disusuli dengan kebakaran mengakibatkan kerosakan pada pencawang dan mengakibatkan kecederaan lima pekerja SESB. Kebakaran dapat dikawal dan dipadamkan oleh pihak bomba.

Tambahnya punca kebakaran masih belum diperoleh dan siasatan awal di tempat kejadian mendapati tiada unsur-unsur jenayah.

Sumber – Bernama

SGMS Enal