Categories: Trending

Frontliners Di Sabah Kini Capai Tahap Kritikal – KKM

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyifatkan perjuangan petugas barisan hadapan dalam menentang penularan Covid-19 terutamanya di Sabah kini mencapai tahap kritikal.

Sumber : Google

Justeru itu, beberapa strategi dan pendekatan akan diambil bagi memutuskan rantaian penularan wabak berkenaan di negeri itu.

” Strategi kami berdasarkan kepada pemantauan komuniti, pengesanan kontak dengan mencari, menguji, mengasing dan merawat semua individu yang dijangkiti serta memutuskan rantaian jangkitan seterusnya dengan memperketat sempadan negeri dan daerah,”  Katanya.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan melaporkan 561 kes baharu dengan Sabah mencatatkan jumlah tertinggi, iaitu sebanyak 488 kes pada Ahad.

Salma Syahbuddin