Categories: Trending

Gabungan Suara “Licik” Akim Ahmad, Hazama, Tomok Dan Black

Empat penyanyi dengan empat karakter vokal yang berbeza bergabung. Memang meletup!

Itu yang dapat digambarkan menerusi kerjasama empat penyanyi lelaki hebat tanahair ini. Akim Ahmad, Hazama, Black Hanifah dan Tomok nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi.

Bermula dengan zero sebagai budak hingusan yang menghadiri uji bakat pelbagai program realiti, kini mereka sudah berada di kelas tersendiri.

Satu persatu kejayaan yang diraih, membuktikan kerja keras dan kesungguhan mereka dalam mengabdikan diri sebagai anak seni seterusnya mencipta jenama tersendiri.

Impian untuk menyaksikan gabungan keempat penyanyi ini beraksi dalam persembahan berskala besar iaitu konsert masih belum terlaksana ekoran penangguhan konsert 4G’s yang sepatutnya berlangsung pada 17 dan 18 April lalu di Istana Budaya akibat penularan wabak Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Dalam perkembangan terkini, konsert tersebut dijadualkan berlangsung bulan depan pada 11 dan 12 Disember.

Mengikut perancangan yang telah dibuat, Akim, Hazama, Black dan Tomok bakal menyanyikan sebuah lagu baru yang dicipta khas untuk dipersembahkan pada konsert itu. Namun, bagi memenuhi permintaan peminat, lagu yang sudah siap dirakam itu bakal dilancarkan secara rasmi esok.

Lagu berjudul “Suara Licik” hasil ciptaan Taja dan lirik oleh Ana Raffali itu diterbitkan juga oleh Taja.

“Rakaman lagu ini sangat unik. Lagu ini dihasilkan oleh Taja (Meet Uncle Hussain) dan lirik pula oleh Ana Raffali. Melodi dan lirik lagu ini sangat bagus. Saya amat gembira dapat menyanyi dan merakam lagu ini bersama tiga rakan lain. Kebetulan ketika itu kami nak ada konsert, jadi perlukan satu lagu baru yang dinyanyikan bersama. Jadi karya ini sangat menarik untuk kami persembahkan kepada peminat” kata Akim Ahmad.

“Diakui, merakamkan sebuah lagu bersama Hazama, Black dan Tomok memberi pengalaman luar biasa. Sebab masing-masing ada karakter dan keunikan suara tersendiri. Mereka semua penyanyi yang bagus. Sejujurnya, saya teruja bekerjasama dengan mereka dalam projek ini.”

Sementara itu, Hazama menyifatkan kerjasama dengan Akim, Tomok dan Black saling memberi tunjuk ajar.

Bagi Tomok pula, kali pertama bekerjasama dalam lagu bersama tiga rakan penyanyi lain sesuatu yang menarik dan istimewa. 

“Alhamdulillah, lagu ini sangat istimewa sebab saya rasa ini pertama kali kami digabungkan bersama dalam satu lagu. Sebenarnya, bergandingan dengan semua sahabat saya ini satu perkara yang sangat menarik. Benda susah jadi menarik sebab kami tolong antara satu sama lain.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”