Categories: Trending

“Gais! Kakak Kajol Reply I” Sharifah Amani Teruja Kajol Balas Komen Di Twitter

Pelakon filem yang popular menerusi filem Sepet arahan Allahyarham Yasmin Ahmad ini begitu teruja sebaik sahaja pelakon popular Bollywood, Kajol menyedari dan membalas pertanyaan beliau menerusi akaun twitter miliknya.

Perkongsian Amani itu mendapat maklum balas pelakon Bollywood tersebut yang menyatakan watak kegemaran beliau adalah Anjali kerana watak tersebut lebih menggambarkan diri beliau yang sebenar.

Dan, rata-rata netizen turut berasa teruja dengan perkongsian tersebut dan menganggap Amani bertuah kerana bintang Kuch Kuch Hota Hai itu membalas pertanyaan beliau di akaun twitter miliknya.

Perkongsian tersebut juga mendapat lebih 43k tanda suka dan 18.9k ulang kicau. Wow!

Salma Syahbuddin