Categories: Trending Hari Ini

Garis Panduan Ibadah Di Masjid Dan Surau Telah Disediakan, Hanya Tunggu Arahan Kerajaan

Pembukaan semula masjid dan surau bagi tujuan aktiviti keagamaan akan dibenarkan sekiranya kerajaan bersetuju dengan garis panduan ibadah di masjid dan surau yang disediakan oleh Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama).

Menurut menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri ,perkara ini sudah dibentang dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) kali keempat pada Khamis lalu.

Sebarang aktiviti keagamaan di surau akan dibenarkan sekiranya kerajaan berpuas hati dengan garis panduan yang disediakan dan rakyat memberi kerjasaman serta bersikap prihatin sepanjang tempoh PKPB ini.

Selain itu, antara pertimbangan utama pihak kerajaan dalam hal ini juga adalah persediaan teknikal semua pihak iaitu  Majlis Agama Islam Negeri dan Jabatan Agama Islam Negeri sebagai badan berautoriti dan pihak berkuasa utama negeri dalam hal ehwal pentadbiran.

Keputusan yang bakal dilakukan ini juga turut mengambil kira nasihat daripada Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Aisyah Badrul

Shes got a 70s head but shes a modern lover