Categories: Trending

Gambar Majlis Tunang Perkongsian Jue Aziz Terus Jadi Tanda Tanya

Pelakon Jue Aziz telah memuat naik gambar dua individu duduk di pelamin dan kelihatan seperti baru sahaja selesai dengan majlis pertunangan.

Menerusi perkongsian di Instagram, gambar tersebut sekaligus mengundang pelbagai tanda tanya untuk netizen dan kenalan.

“Alhamdulillah,” tulis Jue.

Walaubagaimanapun, pelakon itu tidak memberi sebarang penjelasan mengenai gambar itu, sama ada itu adalah dirinya atau bukan kerana wajah wanita dalam gambar berkenaan, ditutup dengan bunga.

Kebanyakan netizen dan kenalannya turut menitipkan ucapan tahniah kepada pelakon itu.

“Alhamdulillah,” ucap Datuk Seri Vida.

“Jue Aziz ke tu?” tulis seorang netizen.

“Tahniah Ju….semoga Allah merahmati dan memberkati hubungan ju…,” tulis seorang pengikutnya.

Namun begitu, Jue turut memuat naik gambar tulisan tertera perkataan ‘nephew’ disertakan dengan emoji hati dan bunga mawar di Instagram miliknya.

Sebelum ini, pelakon itu pernah berkahwin dengan pemuzik Indonesia, Bayu Daniels pada 9 Mac 2014 dan bercerai pada 2019.

Perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak angkat bernama Darwish.

Sumber: Harian Metro

Fatin Nurain