Categories: Trending

Gara-Gara Enggan Bergambar… Penyanyi Dipercayai Pukul Bekas Isteri Sampai Lebam, Kini Ditahan Polis

Seorang penyanyi ditahan semalam selepas dipercayai memukul bekas isterinya dalam sebuah kejadian di kawasan rumah lelaki itu di Kota Damansara.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, mangsa berusia 27 tahun membuat laporan berhubung kejadian kelmarin.

Katanya, kejadian berlaku ketika mangsa mahu mengambil anak lelakinya daripada suspek di kawasan parkir rumah pada 2.29 petang.

“Ketika berada di situ, berlaku perselisihan faham kerana mangsa enggan bergambar bersama lelaki terbabit.

“Suspek berusia 45 tahun itu kemudian memarahi dan memukul badan pengadu menyebabkan kesan lebam dan sakit pada anggota badan mangsa,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Tambah Fakhrudin, bertindak atas maklumat itu, pihaknya menahan lelaki berkenaan di kediamannya semalam.

“Hasil ujian saringan air kencing dilakukan terhadap suspek didapati negatif. Suspek akan dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 (A) Akta Keganasan Rumahtangga 2017,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Padin