Categories: Trending

Anak Didakwa Jadi Orang Ketiga Perkahwinan Puteri Sarah & Syamsul Yusof, Ini Respons Kazar Saisi

Pelakon senior, Kazar Saisi, 63, tidak mahu mengulas lanjut mengenai konflik rumah tangga pasangan selebriti Puteri Sarah dan Syamsul Yusof yang didakwa diganggu oleh anaknya, Ira Kaza.

Memetik laporan Harian Metro, Kazar mengatakan hanya mereka sahaja yang tahu hal sebenar.

“Tak yah lah, tak ada apa nak komen. Susahlah nak cakap. Mereka saja tahu apa berlaku. Apa saya tahu, perkara ini kecoh diperkatakan baru-baru ini.

“Cuma, saya tak tahu nak komen macam mana. Saya juga kena jaga hati semua pihak apatah lagi di bulan Ramadan ini,” katanya.

Dalam pada itu itu, Sarah juga enggan lagi mengulas lanjut mengenai isu itu.

ARTIKEL BERKAITAN: “See You In Court Ira Kaza… Memang Tak Ada Maruah Ke Hadap Suami Orang?” – Puteri Sarah Dedah Rumah Tangga Dengan Syamsul Yusof Diganggu Sejak 2019

ARTIKEL BERKAITAN: “Kau Ni Terdesak Sangat, Sebab Tu Cari Laki Orang Je… Senang Sikit!” – Puteri Sarah Liyana Kongsi Pendedahan ‘Berani Mati’ Rakan Ira Kaza

ARTIKEL BERKAITAN: “Kita Pakai 2 Lawyer Lah… Ke Pakai 10 Lawyer Macam Siti Bainun?” – Puteri Sarah Upah Peguam ‘Settle’ Kes Wanita Kaki Sondol

Terdahulu, pada Sabtu lalu Puteri Sarah mendedahkan perkahwinan dibina bersama Syamsul diganggu pihak ketiga iaitu Ira Kaza.

Sumber: Harian Metro

Padin