Categories: Trending

Guru Dijangkiti Covid-19 Boleh Buat Tuntutan Wang Sehingga…

Mungkin ini khabar gembira buat golongan guru yang dijangkiti Covid-19 kerana, mereka boleh membuat tuntutan kebajikan.

Menurut Ketua Pegawai Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB), Datuk Wan Munadi Wan Mamat memaklumkan, golongn guru yang dijangkiti Covid-19 boleh membuat tuntutan sehingga RM300 apabila disahkan positif wabak berkenaan.

Tambahnya lagi, manfaat kebajikan ini sudah boleh di tuntut bermula Jun tahun lalu.

“Manfaat ini diperkenalkan susulan wabak berkenaan melanda negara pada awal tahun lalu. Dan, apa yang lebih menyedihkan masih terdapat ahli yang tidak tahu mengenai inisiatif yang diberikan.”

Tambahnya lagi, semua kategori ahli YGMB membabitkan Ahli Seumur Hidup, Ahli Skim 16 dan Skim Emas layak membuat tuntutan kebajikan tersebut.

Wan Munadi juga  berharap agar bantuan ini sekaligus dapat meringankan beban ahli yang terkesan.

 

Sumber  : Harian Metro

Salma Syahbuddin