Categories: Trending

Guru Positif Covid-19, Sekolah Di Penang Diarah TUTUP

Seorang guru yang bertugas di Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Janggus, Penaga, Pulau Pinang disahkan positif Covid-19.

Justeru itu, arahan penutupan sekolah berkenaan telah dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP) yang berkuat kuasa mulai hari ini.

Sekolah ditutup selama 8 hari

Menurut Pengarah JPNPP, Abdul Rashid Abdul Samad memaklumkan  penutupan sekolah itu dibuat bagi membendung penularan Covid-19 menjadi lebih serius.

“Setakat ini, sekolah itu akan ditutup selama lapan hari dan sebarang keputusan lain akan dibuat selepas kami bermesyuarat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pelajar WAJIB jalani ujian saringan

Abdul Rashid berkata, sebarang keputusan akan dibuat selepas pihaknya berbincang dengan pihak KKM berhubung isu berkenaan.

Kira-kira 600 murid di sekolah berkenaan diminta untuk menjalani ujian saringan Covid-19 bermula hari ini.

Terdahulu, guru wanita yang berusia lingkungan 40-an itu disahkan positif Covid-19 selepas dilaporkan tidak sihat sejak beberapa hari bertugas.

Dan, difahamkan, guru wanita itu adalah isteri kepada seorang ahli politik di Kedah yang pergi berkempen di Sabah ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) itu, baru-baru ini.

Salma Syahbuddin