Categories: Trending

Moratorium Kepada B40 dan M40

Umum mengetahui, moratorium akan berakhir pada September ini.

Justeru, Pertubuhan Pedagang dan Peniaga Kebangsaan Malaysia (Perdana) menggesa kerajaan melanjutkan moratorium secara automatik kepada golongan berpendapatan rendah B40 dan sederhana M40 sehingga 31 Disember ini.

Presiden Perdana, Datuk Seri Dr. Erwan Mohd. Tahir berkata, bank-bank tidak akan rugi jika melanjutkan moratorium automatik kepada kumpulan berkenaan kerana golongan berpendapatan tinggi akan terus membayar ansuran pinjaman mereka, malah syarikat-syarikat besar juga telah mula beroperasi beberapa bulan lalu dan membuat bayaran ansuran tanpa sebarang tunggakan.

Beliau berkata, pihaknya tidak melihat proses memohon lanjutan moratorium bersasar yang ditawarkan oleh institusi perbankan, mudah bagi golongan B40 dan M40.

“Pelbagai jenis borang yang perlu diisi dan ditambah dengan dokumen sokongan yang perlu disediakan. Berapa ramai yang menyimpan penyata bank mereka terutama golongan B40 kerana perbelanjaan bulanan mereka hanya cukup-cukup makan.

“Oleh itu, saya memohon kerajaan dapat mempertimbangkan supaya ansuran pinjaman kereta di bawah RM1,000, pinjaman perumahan di bawah RM2,000 dan pinjaman peribadi di bawah RM2,000 sebulan diberikan lanjutan moratorium secara automatik sehingga 31 Disember 2020,” katanya dalam kenyataan semalam.

Sumber: BH

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”