Categories: Trending

Semua Negeri Kini Diklasifikasikan Sebagai Zon Kuning

Selepas dua kematian dicatatkan pada Rabu, semua negeri hari ini kembali merekodkan kes baharu dan ini sekaligus tidak ada lagi negeri yang diklasifikasikan sebagai Zon Hijau.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan setiap negeri mencatakan kes Covid-19 hari ini kecuali Melaka dan Putrajaya.

Kes babitkan individu yang baru pulang dari Sabah

Tambahnya lagi, kebanyakan kes baharu yang direkodkan adalah membabitkan individu yang baru pulang dari Sabah.

Dan ini sekaligus, menyubang kepada peningkatan jumlah kumulatif di negara ini sebanyak 11, 224 kes dengan jumlah kes aktif adalah sebanyak 1,124 kes.

Jadi, jangan ambil mudah terhadap tahap keselamatan dan kebersihan anda. Patuhi SOP seperti yang telah disarankan oleh kerajaan.

Salma Syahbuddin