Categories: Trending

Covid-19 : 89 Kes Baharu Dan 2 Kematian Dicatatkan

Sejak akhir-akhir pertambahan jumlah kumulatif dan timbulnya kluster baharu semakin membimbangkan.

Ini terbukti apabila 2 lagi kematian dicatatkan pada Selasa manakala, sebanyak 89 kes baharu turut direkodkan.

Jumlah kumulatif kes meningkat

Ini sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes keseluruhan sebanyak 11,224 kes setakat ini.

Selain itu, dengan dua kematian yang direkodkan, jumlah kumulatif kematian di negara ini juga turut meningkat kepada 136 dengan kebolehjangkitan Covid-19 merekodkan 1,124 kes aktif.

3 kes import, 86 adalah penularan tempatan

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada 89 kes baharu yang dilaporkan itu, tiga membabitkan kes import yang mendapat jangkitan di luar negara dan bakinya 86 kes penularan tempatan.

“Sehingga kini, 16 pesakit positif Covid-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan tiga daripadanya memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Tambahnya lagi, dengan 28 kes pulih yang dicatatkan pada Selasa, ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih adalah sebanyak, 9,967 kes.

Salma Syahbuddin