Categories: Trending

Wow! Jumpa Motor Semula Dengan Bantuan GPS Tracker?

Motosikal adalah antara kenderaan yang mudah di naiki untuk ke mana-mana sahaja. Tetapi tahukah anda yang motosikal antara kenderaan yang senang dan selalu didalam report kehilangan hampir setiap hari.

Ada diantara motosikal yang hilang dijumpai dalam keadaan sempurna ada pula langsung tidak kelihatan. 

Pengguna Twitter yang dikenali sebagai @HuzailiShah telah berkongsi sebuah muat naik terbaru tentang motosikalnya yang baru sahaja dijumpai selepas hilang dicuri beberapa jam lalu.

Motosikalnya telah berjaya dijejaki menggunakan bantuan alat peranti penjejak navigasi (GPS Tracker) yang dipasang di motosikal, dan berjaya dijumpai di sebuah hutan berdekatan Ulu Yam.

Apa yang menarik, ekoran daripada GPS Tracker yang dipasang di motor lelaki ini, lambakan kenderaan lain turut dijumpai di tempat kejadian.

Huzaili kemudiannya memuat naik sebuah bebenang mendedahkan beberapa motosikal yang dipercayai telah dicuri ini dilaman media sosial sebelum menemui pemilik asal kenderaan tersebut.

Selain itu, dia juga turut memuat naik bebenang tersebut sebagai peringatan kepada semua agar lebih berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga sebelum apa-apa kejadian yang tidak diingini berlaku.

Ikuti bebenang ini untuk kisah selanjutnya.

Sumber : Twitter

SGMS Enal

Recent Posts