Didakwa gara-gara tak tahan mendengar leteran isteri, seorang suami bertindak membunuh isteri dan anak-anaknya pada September lalu di Florida.
Suspek, 38, telah memukul kepala isterinya menggunakan kayu besbol sebelum membawa mayat mangsa di dalam van mini milik keluarga berkenaan selama 6 minggu.
Keempat-empat anaknya berkemungkinan dicekik atau dilemaskan, kata polis tempatan.
Lapor Daily Mail, lelaki itu mendakwa dia bertindak sedemikian kerana tidak tahan dileteri isteri yang menuduhnya curang.
Suspek ditahan pihak polis setelah mengalami kemalangan ketika sedang memandu di Brantley County, Georgia.
Suspek kemudiannya membawa pihak polis ke lokasi dia menanam mayat keempat-empat anaknya itu yang berusia satu hingga 10 tahun.
Motif pembunuhan walaubagaimanapun masih belum jelas, namun suspek mengaku berasa ‘lega’ tinggal di penjara.
Sumber: Daily Mail
Tak baik hina pekerjaan orang. Itukan rezeki 🙄
Ubai MZ kurang senang dengan tindakan bekas suami kepada Shila Amzah iaitu, Haris Edraki Elias.
Hurmmm, apa pendapat korang? Maafkan ke tidak...
Memang ramai betul CCTV Sarah Yasmine ek😅
Ezzanie memegang watak Shahidah dalam Kuih Muah.