Categories: Trending

Hati-Hati! KP Kesihatan Gesa Orang Ramai Tidak Terpedaya Dengan ‘Fake’ Kit Ujian Pantas Covid-19

Tular di laman media sosial Facebook baru-baru ini berkenaan ‘fake’ kit ujian pantas COVID-19!

Kit ujian pantas COVID-19 itu dijual dengan harga RM99 jauh lebih murah daripada bayaran dikenakan hospital swasta. Iklan itu juga mendakwa kit ujian itu mampu memberikan keputusan dalam tempoh tiga minit berbanding beberapa jam mengikut prosedur operasi standard (SOP) KKM dan hospital swasta menawarkan perkhidmatan itu.

Tiada Kit Ujian Covid-19 Dibenarkan Dijual Secara Terbuka

Menurut laporan Harian Metro hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan bahawa setakat ini tiada kit ujian Covid-19 dibenar dijual secara terbuka kepada orang ramai.

Menurutnya, KKM tidak mengeluarkan sebarang kebenaran kepada mana-mana syarikat menjual kit ujian pandemik berkenaan.

“Setakat ini tidak ada yang boleh digunakan untuk pengesanan (Covid-19) kerana tiada kelulusan untuk diagnosis,” katanya.

Oleh itu, orang ramai diingatkan supaya berwaspada dengan tawaran kit ujian pantas yang dijual di laman sosial dan disaran mendapatkan maklumat lanjut daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Untuk maklumat berkaitan dan info terkini tentang COVID-19, korang boleh lihat di TV3 dan laman Youtube Buletin Utama okay?

Syafiqa Irdina