Trending By: Syafiqa Irdina April 8, 2020 @ 1:55pm

Hati-Hati! KP Kesihatan Gesa Orang Ramai Tidak Terpedaya Dengan ‘Fake’ Kit Ujian Pantas Covid-19

Tular di laman media sosial Facebook baru-baru ini berkenaan ‘fake’ kit ujian pantas COVID-19!

Ramai yang tertarik dengan iklan yang menwarkan kit ujian pantas COVID-19 itu kerana dijual dengan harga RM99 jauh lebih murah daripada bayaran dikenakan hospital swasta.

Iklan itu juga mendakwa kit ujian itu mampu memberikan keputusan dalam tempoh tiga minit berbanding beberapa jam mengikut prosedur operasi standard (SOP) KKM dan hospital swasta menawarkan perkhidmatan itu.

Tiada Kit Ujian Covid-19 Dibenarkan Dijual Secara Terbuka

Menurut laporan Harian Metro hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan bahawa setakat ini tiada kit ujian Covid-19 dibenar dijual secara terbuka kepada orang ramai.

Menurutnya, KKM tidak mengeluarkan sebarang kebenaran kepada mana-mana syarikat menjual kit ujian pandemik berkenaan.

“Setakat ini tidak ada yang boleh digunakan untuk pengesanan (Covid-19) kerana tiada kelulusan untuk diagnosis,” katanya.

Oleh itu, orang ramai diingatkan supaya berwaspada dengan tawaran kit ujian pantas yang dijual di laman sosial dan disaran mendapatkan maklumat lanjut daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Untuk maklumat berkaitan dan info terkini tentang COVID-19, korang boleh lihat di TV3 dan laman Youtube Buletin Utama okay?

Kredit: Harian Metro , Youtube Buletin TV3

Baca Juga: Alami Simptom Batuk Dan Kurang Selera Makan, Harimau Malaya Bernama ‘Nadia’ Ini Positif COVID-19

Baca Juga: Lebih 4 Juta Pekerja Dapat Manfaat Dalam Pakej Prihatin Tambahan PKS!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 18 Apr 2023
Hiburan Thu, 2 Jun 2022
Hiburan Mon, 12 Jun 2023
Trending Mon, 9 Apr 2018

Allahuakbar! Kalimah Allah Di Dahi Bayi Ini…

Meskipun hanya mengetahui dirinya hamil pada usia kandungan sudah mencecah lima bulan, bayi yang dilahirkan menerusi pembedahan itu berada dalam keadaan sihat.

Trending Fri, 7 Feb 2020

“Comel sangat roti pelangi ni, sayangnya nak makan…”

Agak-agak rasa macam Paddle Pop tak?

Featured Mon, 28 Feb 2022

Seramai 407, 097 Calon SPM Jalani Ujian Bertulis Bermula 2 Mac Ini

Semakan boleh dibuat menerusi laman web rasmi LP KPM

Hiburan Tue, 18 Jul 2023

Selepas 2 Tahun Berehat, Saharul Ridzwan Luah Rasa Rindu Nak Berlakon?

Lama dah tak nampak Saharul Ridzwan berlakon kan?