Trending By: Yanie Baharom February 7, 2020 @ 3:05pm

“Comel sangat roti pelangi ni, sayangnya nak makan…”

Bagai menyaksikan pelangi muncul selepas hujan, begitulah keterujaan team Hijab & Heels sebaik melihat roti pelangi tular depan mata!

Macam-macam reaksi. Ada yang kata warna-warni roti itu membuatkan hati berasa gembira, yang sayang nak makan pun ada!

Keterujaan team Hijab & Heels ini siap dirakam oleh penulis.

Foto: Archive Hijab & Heels

Menyentuh rasanya, ia tidak berperisa malah sama saja seperti roti biasa yang dulunya dikenali sebagai roti benggali. Cuma rupa parasnya saja yang cantik dan semestinya Instagram Worthy!

Untuk pengetahuan umum, roti pelangi ini mula tular sekitar Januari 2018. Semenjak itu, roti pelangi yang dijual pada harga RM3.50 sehingga RM6 itu mendapat permintaan yang tinggi.  

Beberapa tahun kebelakangan ini, pengusaha makanan hadir dengan pelbagai idea kreatif dalam memasarkan produk mereka. Misalnya di Perak, popular dengan ais kepal milo meleleh, manakala Melaka pula keria gula Melaka.

Selain itu, ada banyak lagi makanan yang tular antaranya nitrogen aiskrim, kek cheese leleh, roti goyang, pisang cheese, corndog, teh tarik madu, air mangga float, burger burn dan banyak lagi.

Foto: Archive Hijab & Heels

Melihat evolusi makanan tempatan dengan gaya hipster semakin diterima masyarakat Malaysia, ramai pengusaha makanan memberi penambahbaikan sama ada dalam rupa makanan itu sendiri mahupun pembungkusan.

Berbalik pada roti pelangi , kafe Loaf U di Pulau Pinang pernah menghasilkan makanan berasaskan keju dengan warna pelangi.

Bukan hanya warna pada keju itu dipenuhi dengan warna pelangi, malah jika anda tarik keju pada roti ini, ia akan menampakkan bentuk seakan pelangi!

Kafe berkenaan mempunyai dua cawangan iaitu di Georgetown dan juga Bukit Mertajam dan memang terkenal dengan menu makanan ala barat dan roti bakar.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 18 Sep 2022

“Kalau Tak Puas Hati Cakap Depan-Depan” – Ayda Jebat

Motif nak cakap belakang kan? Jumpa depan lah

Events Fri, 25 Mar 2022
Hiburan Thu, 6 Jan 2022

Khai Bahar Tak Bimbang Jika Netizen Beri Gelaran Pelakon Kayu

Penyanyi yang kini bergelar pelakon, Khai Bahar mengakui tidak risau jika orang ramai menggelarnya sebagai pelakon ‘kayu’. Pada awal kemunculannya dalam bidang lakonan, dia sudah menerima pelbagai kritikan netizen. Bagaimanapun, Khai mengambil segala maklum balas

Featured Thu, 21 Jul 2022
Trending Thu, 23 Apr 2020

Saksikan Perutusan Khas Perdana Menteri Di TV3 Malam Ini

Agaknya apa yang TSMY nak sampaikan..

Trending Sat, 31 Jul 2021

Olimpik Tokyo 2020: Malaysia Raih Pingat Pertama, Beregu Lelaki Bawa Pulang Gangsa

Pasangan beregu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menghadiahkan negara pingat pertama apabila berjaya merangkul gangsa dalam acara beregu lelaki di Sukan Olimpik Tokyo 2020, sebentar tadi. Beregu nombor sembilan dunia itu memastikan skuad badminton negara

Featured Tue, 20 Sep 2022
Featured Wed, 20 Jul 2022

[VIDEO] Angkat Isu ‘Body Shaming’ Dalam Karya Terbaharu, Zara Zya Harap Dapat Suntik Semangat Wanita ‘Plus Size’

Malam ni episod 2 gais! Tak sah kalau tak kering gusi tonton drama ni. Comel Zara Zya jadi chubby hehe

| Live TV

error: Content is protected !!