Categories: Trending

Henti Tular Video Pembunuhan Itu Kata PDRM

Pihak Polis Diraja Malaysia meminta orang ramai menghentikan tular liar berhubung video lelaki yang ditikam dan dilangar ketika bergelut dengan sekumpulan penjenayah di Jalan Sri Pelangi, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Senior Asisten Komisioner Azman Ayob berkata tiada tangkapan telah dibuat pada masa ini dan siasatan masih diteruskan.

Kenyataan itu sekaligus menafikan beberapa posting viral di media sosial meneganai status terkini kes tersebut.

“Maklumat telah ada tangkapan tidak benar. Hentikan tular liar yang boleh ganggu siasatan,” katanya menerusi Sinar Harian.

Beberapa posting di media sosial tersebar yang mendakwa gambar berkenaan dan suspek-suspek yang terlibat dengan kejadia tersebut telah ditahan.

Dalam kes tersebut mangsa yang berusia linkungan 30-an bersama isterinya wanita warga asing berusia 20-an berhenti di stesen minyak bagi mengisi angin pada tayar kereta.

Bagaimanapun, mangsa yang kereta jenis Volkswagen Polo meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian dada kiri selepas berlaku pergaduhan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan siasatan awal mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan pada dada kiri disyaki ditikam serta kecederaan akibat dilanggar.

Sesiapa yang mengenali atau dapat mengesan kenderaan ini diminta untuk menghubungi Balai Polis terdekat atau menghubungi Hotline Polis Johor di talian 07-2212999 dengan segera.hasa ma

SGMS Enal