Categories: Hiburan

Giliran Anak Amar, Amyra Ada Program TV Sendiri

Selepas anak selebriti terkenal seperti Lara Alana, Aaisyah Dhia Rana dan Yusuf Iskandar menghiasi program televisyen tempatan, kini giliran anak pasangan selebriti Amar Baharin-Amyra Rosli pula! Comel habis baby depa tau.

Terdahulu, pasangan selebriti belum bersedia mendedahkan wajah anak lelaki pertama mereka yang lahir pada 15 Oktober lalu.

” Saya mengaku sudah bersedia untuk berdepan dengan pelbagai tohmahan dan kecaman netizen selepas menandatangani kontrak dengan stesen televisyen berbayar untuk menyiarkan program, Aqeef Anaqi,” luah Amar menerusi Berita Harian Online.

Pasangan suami isteri popular ini memilih untuk tidak ambil pusing dengan pandangan negatif yang dianggap hanya untuk membangkitkan elemen provokasi.

“Sebagai ibu bapa, pastinya kami tidak sabar untuk berkongsi detik indah pembesaran Anaqi bersama-sama semua pihak. Namun, kami terikat dengan saluran berkenaan yang menghasilkan program mengenai anak kami.

“Saya sedar, pelbagai perkara dibangkitkan oleh netizen seperti saya tidak menyusu badan anak, terlalu menyorokkan wajah si kecil dan macam-macam lagi.

” Namun, saya tidak mahu membalas balik semua itu kerana ia hanya bakal mengundang isu lain pula.

“Kami mencuba sebaik mungkin untuk bersabar dan tidak melayan kata-kata negatif sebegitu. Jika kami membuka mulut, mungkin itulah yang dimahukan oleh kelompok terbabit. 

” Apa pun, kami masih lagi belajar untuk menggalas tanggungjawab sebagai ibu bapa dengan sebaik-baiknya,” kata Amyra.

SGMS Enal