Categories: Trending

Individu Dalam Proses Rayuan BPN Tidak Terkecuali Terima BKC

Individu yang masih dalam proses rayuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) tidak akan terkecuali daripada menerima Bantuan Khas Covid-19 (BKC) yang sedang mula dilaksanakan hari ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Mohd. Shahar Abdullah berkata, bayaran BKC kepada pemohon yang masih dalam proses rayuan bagi mendapatkan bantuan tersebut akan dibuat selepas keputusan rayuan kelulusan BPN diperolehi yang dijangka pada September ini.

“Sekiranya layak mereka juga akan menerima BKC dan sekiranya tidak layak BPR kita akan gunakan kaedah silang data untuk semak dengan data percukaian dan sekiranya mereka memenuhi syarat M40 mereka juga tidak akan terkecuali menerima bantuan ini.

Tambahnya, segala keputusan yang diambil kerajaan melibatkan isu bantuan kepada rakyat haruslah berdasarkan kepada syarat yang telah ditetapkan.

Terdahulu, penerima bantuan BKC yang terdiri daripada golongan B40, M40 dan golongan bujang akan disalurkan dalam tiga fasa pada September, November dan Disember 2021.

ARTIKEL BERKAITAN: Bayaran Bantuan Khas Covid-19 Fasa 1 Bermula Hari Ini – PM

ARTIKEL BERKAITAN: Bayaran Fasa 1 BKC Diterima Secara Berperingkat, Melibatkan Dana RM3.1 Billion – Tengku Zafrul

 

Sumber: Bernama

Salma Syahbuddin